- Kerap Menyusukan bayi
- Jangan tunggu payudara penuh
- Menyusu lebih lama
- Kerapkan sesi mengepam
- Pemakanan yang teratur dan seimbang
- Keyakinan dan semangat yang berterusan
- Gembira Serta berfikiran positif
Adalah penting untuk memahami konsep asas penyusuan susu ibu demi memastikan kejayaan dan kelangsungannya. Kebanyakan ibu yang gagal menyusu kan anak kerana kurang jelas tentang konsep asas penyusuan itu sendiri dan juga kurang sokongan dari orang sekeliling. Mari kita teliti setiap satu perkara yang perlu dititik beratkan dalam memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara ekslusif
Kerap Menyusukan bayi
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 3- 4 jam.
Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Kerapkan sesi mengepam
Pam payudara setiap kali slps menyusu. Untuk ideal pam lah setiap 3 jam (8x sehari). Jika payudara berasa agak lembut slps bayi menyusu maka kita boleh mengepam di antara waktu menyusu (mungkin boleh jarak kan masa mengepam sejam selepas menyusukan bayi). Pam lah dengan kerap untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Mengepam di waktu malam dengan kerap dapat merangsangkan penghasilan susu yang banyak kerana hormone prolactin dirembeskan dengan banyak pada waktu malam
Pemakanan yang teratur dan seimbang
Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan (nutrient yang lengkap dan berkahsiat. Banyakkan minum air (digalakkan air suam) sepanjang hari sekurang-kurangnya 2L sehari. Pengambilan supplement penting sekiranya ibu tidak dapat mengamalkan gizi pemakanan yang seimbang.
Keyakinan dan semangat yang berterusan
Ini penting kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
Testimoni milk booster
Bagaimana Alfalfa Complex membantu sebagai milk booster?
Alfalfa adalah milk booster yang telah digunakan sekian lama di benua Amerika. Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah yang tidak boleh dicapai oleh tumbuhan lain.
Alfalfa kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri dari protein,dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu.
Hubungi saya di Whatsapp 018-3152647
Pengedar Shaklee Nilai.
SID:1212243.




No comments:
Post a Comment