Hari ini saya nak kongsi kisah hidup Pengasas Produk Shaklee
Jom kite baca kisah hidup yang menarik dan istimewanya pengasas produk Shaklee ni.
Dr Forrest Shaklee adalah pengasas produk Shaklee.. beliau dilahirkan pada bulan November 1894 di Carlisle Lowa.
Sejak lahir beliau disahkan penghidap penyakit batuk kering. Dr mengesahkan beliau boleh bertahan selama 8 tahun saja kerana di Carlisle persekitaran agak tercemar. aktiviti utama di Carlisle banyak menjalankan kerja2 persekitaran lombong arang batu.
Kerana kasih dan sayang seorang ibu dan bapanya, mereka berpindah dari Carlisle Lowa ke Utara Lowa. Mereka percaya satu-satunya rawatan untuk batuk kering adalah makanan yang baik, udara segar, dan banyak berehat.
Apabila beliau meningkat remaja. Beliau didapati masalah batu keringnya dalam keadaan terkawal, tapi beliau bukanlah seperti remaja lain yg sihat dan cergas.
Beliau banyak membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. beliau tahu dasar permerhatian beliau terhadap alam sekitar.
Akhirnya beliau membuka Syarikat Nutrisi Sendiri.
Forrest Shaklee kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer.
Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.
Seterusnya beliau berpindah ke Fort Dodge, Lowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pesakit2 di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.
Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau. Dr Forrest Shaklee diuji dengan kanser pula.
Dr Forrest Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. pada waktu itu kerjaya beliau seorang doktor sedang melonjak naik. Beliau percaya beliau boleh sembuh dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.
Dr Shaklee melawan kanser secara semulajadi.
Selepas beberapa minggu beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya kanser beliau tidak menunjukkn kesan apa2 namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan secara semulajadi boleh membantu sekiranya beliau terus berfikiran positif.
Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.
Bermula supplement bisness Shaklee.
Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.
Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.
Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.
Penubuhan Shaklee Corporation
Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.
Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.
Jom tonton video ni👇

No comments:
Post a Comment