Tuesday, May 10, 2016

BUKAN SEKADAR WAJAH YANG CANTIK


Kejelitaan sejati bersinar dari dalaman wanita. wanita yang menawan ialah mereka yang rupa luarannya memancarkan harmoni dalaman. berbeza dengan pakaian, kosmetik atau dandanan rambut, kejelitaan adalah bergantung kepada kesihatan yang baik-fizikal, emosi dan spiritual.seorang wanita yang mengidamkan kejelitaan harus meneliti diri mereka menerusi dalaman.


Sesetengah wanita mempercayai kecantikan itu seperti rupa bentuk yang cantik. mereka rasa diri mereka tidak akan menjadi menarik kerana potongan badan mereka tidak sempurna atau diri mereka itu tidak "cun" atau "bergaya". konsep kecantikan bagi mereka ialah senawati atau pramugari fesyen yang muda lagi cantik. wanita yang merasakan demikian kadangkala berputus asa dengan  rupabentuk sendiri kerana mereka gagal memenuhi segala piawaian yang begitu halus, artifisial dan tidak realistik..


Pendapat saya dan saya kira begitu juga pendapat kebanyakan lelaki - ialah bahawa seorang wanita sederhana yang berseri-seri dengan kesihatan dan kecergasan adalah lebih menarik bagi lelaki jika dibandingkan wanita yang tidak lebih tidak kurang "penyangkut fesyen" yang glamour dan "dicat" rapi.

Ciri-ciri kewanitaan sejati - rambut, kulit dan kuku - Jika dijaga rapi dan kemas akan menjadikannya kelihatan berseri-seri, menawan dan seksi..




Anda memerlukan komitmen dalam menjaga diri... Jika diri anda tidak melakukannya, nak harapkan siapa pula?

StfairuzAshri..

No comments:

Post a Comment